Warga Nigeria Dijatuhi Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah - Berita Mahkamah | mStar

Warga Nigeria Dijatuhi Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga pakaian warga Nigeria selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 10.886 kilogram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mamadou Cire Magassouba, 30, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dia didapati bersalah mengedar sejumlah dadah itu di hadapan kaunter tiket Suasana Jelita Sdn Bhd, tingkat bawah stesen bas, Lebuhraya Bukit Kayu Hitam, gerai MDKP Pekan Baru, Changlun, kira-kira pukul 2.30 petang pada 14 September 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh telah berkahwin dengan seorang wanita Vietnam dan mempunyai seorang anak perempuan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzila Ishak manakala tertuduh diwakili peguam Ali Munawar Razak. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan