Tajudin Diberi Penangguhan Untuk Rundingan Penyelesaian Luar Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis membenarkan permohonan bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Airline System Bhd (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli bagi tiga bulan penangguhan pendengaran rayuan membabitkan saman sivil jutaan ringgit, untuk mengadakan rundingan penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan MAS.

Hakim, Datuk Seri Abu Samah Nordin yang mempengerusikan panel tiga hakim, menetapkan 10 Mei bagi pendengaran rayuan sekiranya kedua-dua pihak dalam saman itu gagal mencapai penyelesaian.

Dua lagi Hakim Mahkamah Rayuan yang menganggotai panel itu ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Peguam yang mewakili Tajudin, Lim Kian Leong memberitahu panel itu bahawa beliau diarahkan untuk memohon kepada mahkamah supaya menangguhkan rayuan yang dijadual didengar hari ini bagi membolehkan rundingan diadakan antara pihak-pihak berkenaan.

Peguam yang mewakili MAS dan responden lain tidak membantah penangguhan itu.

Rayuan yang akan didengar Mahkamah Rayuan adalah berkaitan interlokutori berhubung permohonan pihak-pihak berkenaan untuk membatalkan pernyataan tuntutan dan tuntutan balas yang telah ditolak Mahkamah Tinggi.

Tiga saman sivil itu berkaitan dakwaan bahawa Tajudin dan para defendan lain telah melanggar tanggungjawab fidusiari dan statutori dan kewajipan mengisytiharkan kepentingannya dalam perkara berkaitan transaksi melibatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu yang pernah diterajuinya. Saman sivil pertama difailkan oleh MAS dan anak syarikatnya MASkargo Sdn Bhd terhadap Tajudin, bekas naib presiden (kargo) MASkargo Ralph Manfred Gotz, bekas perunding Uwe Juergen Beck dan bekas pengarah syarikat penerbangan itu Wan Aishah Wan Hamid, memohon ganti rugi RM174.6 juta bagi kerugian yang dialami MAS berkaitan dengan operasi kargonya di Lapangan Terbang Hahn, Jerman, dari Mac 1999 hingga Julai 2001.

Saman kedua difailkan MAS dan anak syarikatnya MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotels & Boutiques Sdn Bhd terhadap Tajudin, Naluri Corporation Berhad, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd.

Satu lagi saman terhadap Tajudin dikemukakan oleh MAS Hotels & Boutiques Sdn Bhd.

Selasa lepas, Tajudin menarik balik rayuannya selepas beliau dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS. Tajudin juga menarik balik tuntutan balasnya terhadap beberapa litigan lain termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporations, Celcom (M) Berhad, Atlan Holding Bhd dan CIMB Group. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan