Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap dua tuduhan merasuah anggota polis, tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, M. Leela, 37, dari Cheras, didakwa menawarkan wang tunai RM200 secara bulanan kepada Sarjan Salim Mohammad yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul dekat sini sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak mempunyai permit perniagaan barangan lusuh serta menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Hal Ehwal Awam, IPD Sentul dekat sini pada pukul 1.25 tengah hari, 2 Dis 2011.

Bagi pertuduhan kedua, Leela didakwa memberi rasuah wang tunai RM1,000 kepada Salim bagi tujuan sama di lokasi dan tarikh sama pada pukul 1.30 tengah hari.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Leela didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000, atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Mohd Nurlokman Samigan menawarkan jaminan RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan tetapi peguam R. Murugan yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan Leela diikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Feb ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan