Saman Fitnah Terhadap Adam Kadir Didengar Pada 27 dan 28 Jun

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan peguam bagi Khazanah Nasional Bhd dan pengarah urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata saman fitnah mereka terhadap bekas pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Bhd, Tan Sri Adam Kadir, ditetapkan untuk perbicaraan pada 27 dan 28 Jun ini.

Dalam sepucuk surat kepada Bernama sebagai respons kepada satu kenyataan media baru-baru ini oleh Adam bahawa beliau menarik balik semua tindakan tertunggak ke atas Khazanah dan Azman, barisan peguam itu berkata pengantaraan yang dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 dan 23 Ogos tahun lepas seperti yang terkandung dalam kenyataan Adam adalah berhubung sementara menunggu saman oleh Khazanah dan Azman terhadap Adam kerana memfitnah.

Mereka berkata pengantaraan itu adalah inisiatif mahkamah sebagai sebahagian daripada polisi umum mahkamah pada Rabu untuk melihat sama ada tindakan yang difailkan boleh diselesaikan secara baik.

"Bertentangan dengan apa yang dilaporkan, pihak berkaitan masih belum bersetuju dengan sebarang bentuk penyelesaian dan saman fitnah itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 27 dan 28 Jun 2012," kata mereka.

Barisan peguam itu berkata anak guam mereka juga ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang tuntutan oleh Adam terhadap Khazanah.

Mereka berkata bahawa Adam telah memfailkan dua tindakan berikutan daripada penamatan pelantikannya di Pos Malaysia, satu terhadap Pos Malaysia, Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia, dan satu lagi terhadap Azman.

Barisan peguam itu berkata Adam seterusnya menarik balik samannya terhadap Pos Malaysia dan bahawa tindakannya terhadap Menteri Kewangan, Kerajaan Malaysia dan Azman didengar dan ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Mei tahun lepas selepas satu perbicaraan penuh.

Mereka berkata berikutan itu, Adam memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan dua tindakan undang-undangnya tetapi beliau seterusnya menarik balik rayuannya pada 18 Okt tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan