Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Simpan Anggota Haiwan Liar Dilindungi

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas empat tuduhan menyimpan anggota haiwan liar yang dilindungi pada 10 Feb lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Noor Sharmizam Nasir, 29, dituduh menyimpan lapan keping kulit harimau belang, iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) di rumah tidak bernombor Lot 30, Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut dekat sini pada 10 Feb 2012 kira-kira 3.15 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh menyimpan 22 tengkorak dan tulang harimau belang.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Noor melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.

Mohd Noor turut dituduh menyimpan sembilan batang gading gajah Afrika di tempat dan masa yang sama.

Ia merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 68(1)(b) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan keempat dia dituduh menyimpan satu tanduk kijang, satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 60(1)(b) akta yang sama dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Shahruddin Othman memohon kepada mahkamah supaya jaminan ditetapkan masing-masing sebanyak RM50,000 bagi pertuduhan pertama dan kedua serta RM10,000 bagi setiap pertuduhan untuk pertuduhan ketiga dan keempat.

Tertuduh kemudian meminta jaminan dikurangkan.

Hakim Mohd Rosli Osman menetapkan jaminan berjumlah RM70,000 dengan seorang penjamin iaitu RM40,000 bagi pertuduhan pertama dan masing-masing RM10,000 bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat.

Hakim turut menetapkan tarikh 18 Mac untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan dan bagi tertuduh mendapatkan peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan