Warga Myanmar Edar Dadah Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang warga Myanmar pada Selasa dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan selepas didapati bersalah mengedar dadah pada Mac tahun lepas.

Hakim Datuk Mariana Yahya ketika menjatuhkan hukuman berkenaan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie tanpa keraguan terhjadap Sayat Ahmad Nazir Ahmad, 29, berasal dari Arakan, Myanmar.

"Kita dapati tertuduh sendiri tampil berbincang dalam urusan penjualan dadah dengan seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli sebelum tertuduh ditahan," kata hakim Mariana.

Sayat Ahmad ditahan di sebuah stesen minyak dekat Jalan Pintasan Kuantan pada 8.30 malam 9 Mac tahun lepas dan polis menemui 12.98 gram heroin dan 13.66 gram monoacetylmorphine dalam satu beg yang ada bersamanya.

Dia diwakili peguam Muhammad Hishyam Abdul Rahim manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadzli Mahmud. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan