Peniaga Hadapi Tuduhan Beri Keterangan Tidak Selaras - Berita Mahkamah | mStar

Peniaga Hadapi Tuduhan Beri Keterangan Tidak Selaras

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana dituduh memberi keterangan yang tidak selaras dengan pernyataan yang diberinya kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah seorang pegawai polis dua tahun lepas.

P. Paneer Selvam, 57, dari Banting, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Dia didakwa memberi keterangan seperti berikut: "Saya tidak pergi berjumpa Siva tetapi dia datang jumpa saya tentang isu peribadinya. Siva datang minta duit. Siva kata motosikalnya rosak dan minta duit.

"Saya tolongnya dan berikan wang RM1,800. Wang itu kepunyaan saya sendiri".

Keterangan itu didakwa tidak selaras dengan pernyataan yang telah tertuduh berikan sebelumnya kepada penguasa Mohd Anuar Ismail di pejabat SPRM Selangor pada 17 Dis 2005.

Pernyataan itu adalah seperti berikut: "Sarjan Aziz mengeluarkan wang dari poket T-shirtnya dan serah kepada saya. Kemudian saya mengira duit tersebut dan mendapati duit tersebut berjumlah RM1,800.

"Kemudian saya pergi ke kedai kopi di mana Siva dan Suresh berada dan terjumpa semula Siva dan Suresh. Saya beritahu, Sarjan Aziz beri wang RM1,800 kepada mereka berdua dan saya cakap kepada mereka berdua supaya tolong Sarjan Aziz setakat apa yang mereka boleh tolong."

Paneer Selvam didakwa melakukan kesalahan itu semasa perbicaraan kes Pendakwa Raya melawan Abdul Aziz Babu di Mahkamah Sesyen Klang pada 6 Disember 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 27 (7) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara selama melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani membenarkan Paneer Selvam dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 20 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Nik Haslinie Hashim. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan