Warga Vietnam Dipenjara Enam Tahun Dan Denda RM200,000

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM200,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar terhadap seorang warga Vietnam kerana kesalahan mengambil hasil hutan di Hutan Simpan Bukit Panchor, Nibong Tebal pada 1 Januari lepas.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Nguyen Van Tien, mengaku bersalah atas kesalahan mengambil hasil hutan, kayu gaharu bersama-sama dengan dua lagi rakannya yang masih bebas di Hutan Simpan Bukit Panchor, Nibong Tebal, 1 Jan lepas, pukul 3.30 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhutanan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ramlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela dan prosiding hari ini diterjemahkan ke bahasa Vietnam oleh jurubahasa Loc Nguyen.

Mahkamah juga menetapkan hukuman penjara dilaksanakan dari tarikh dia ditangkap. Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Pulau Pinang Azahar Ahmad yang ditemui di luar mahkamah berkata kes itu merupakan yang pertama berjaya di dakwa di negeri ini.

"Kita juga menjalankan pemantauan di beberapa lagi hutan simpan di negeri ini kerana terdapat laporan adanya aktiviti penebangan pokok secara haram," katanya.

Katanya kebanyakan pokok gaharu yang ditebang dan akan diseludup secara mentah dan diproses untuk dijadikan minyak dan peralatan keagamaan.

"Di bawah Akta Perhutanan 1984, orang yang didapati memiliki hasil hutan juga akan dikenakan hukuman iaitu denda RM50,000 dan penjara lima tahun iaitu di bawah Seksyen 84," katanya.

Sehubungan itu beliau juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan segera sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di kawasan-kawasan hutan simpan di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan