Polis KL Cari Saksi Untuk Hadir Ke Mahkamah Tinggi Jenayah

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mahu seorang saksi utama hadir dalam kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Kuala Lumpur Jumaat depan di bawah kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) dalam satu kenyataan berkata Al Amin Miah, warganegara Bangladesh yang memegang pasport A09066690 diminta hadir ke mahkamah tersebut pada pukul 9 pagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asiten Supritendan Polis, Yap Huat Tian ditalian 03-2146 0708.

Maklumat juga boleh disalurkan ke Pusat Kawalan IPK KL di talian 03-2146 0584 atau 03-2146 0585 selepas waktu pejabat, Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, melalui SMS ke talian 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan