Pecah Amanah: Bekas Peguam Dipenjara Empat Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas peguam dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah melibatkan wang milik anak guamnya berjumlah RM213,795 yang sepatutnya diserahkan kepada syarikat pemaju perumahan, sembilan tahun lepas. Hakim Mohd Fadhir Harun, ketika memutuskan hukuman itu, mengecualikan hukuman sebatan terhadap tertuduh, Nik Abdul Rahman Nik Mat, 60, kerana faktor umur.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan Nik Abdul Rahman untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan, dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM15,000 kepada RM20,000.

Nik Abdul Rahman, ketika kejadian peguam kepada Abidah Basiran, seorang ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia, didakwa melakukan pecah amanah melibatkan RM213,795 yang sepatutnya diserahkan kepada Sime UEP Development Sdn Bhd di Tetuan Rahman & Co di No 16A, Jalan SS15/4C, Subang Jaya dekat sini, pada 13 Februari 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda. Tiga belas saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar manakala tertuduh diwakili peguam Nashar Husin dan Khalid Yusof.

Dalam rayuan untuk peringanan hukuman, Nik Abdul Rahman yang berdiri di kandang tertuduh, berkata beliau merupakan penanggung tunggal dalam keluarganya dan mempunyai empat anak, seorang daripada mereka menghidap Sindrom Down.

Katanya, beliau pula menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung serta perlu menjalani rawatan berkala sehingga hari ini.

Menurutnya, sejak ditangkap, beliau kehilangan segala-galanyanya termasuk maruah serta reputasinya dan menyesali perbuatannya terutama kepada keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.

Vignesh Kumar berkata kesalahan Nik Abdul Rahman amat serius dan sehingga hari ini tiada bayaran dibuat kepada Sime UEP. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan