Edar Kokain: Wanita Thailand Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain seberat 765.9 gram dengan cara menelannya dua tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Raveeploy Sangkam, 28, dari Bangkok gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bilik Wad 6B, Hospital Serdang, antara 6.35 petang 5 Nov dan 11.05 malam 8 November 2010.

Wanita itu, yang telah bercerai dan mempunyai tiga orang anak, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL melalui penerbangan dari Buenos Aires, Argentina.

Beliau berkata ketika diperiksa tiada apa-apa ditemui di dalam bagasi atau pada badan tertuduh dan wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan x-ray yang menunjukkan terdapat 83 bungkusan kecil mengandungi dadah di dalam badan tertuduh.

"Pembelaan tertuduh adalah pembelaan teknikal iaitu dia berada dalam transit ketika ditahan dan tidak dinafikan tertuduh ada tiket penerbangan untuk meneruskan perjalanan dari Malaysia ke Bangkok.

"Bagaimanapun mahkamah ini terikat dengan nas undang-undang Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa transit bukan satu pembelaan yang boleh digunakan supaya tuduhan dikurangkan agar tidak dijatuhi hukuman mati," katanya.

Hakim Noor Azian berkata beliau tidak dapat menerima pembelaan tertuduh dan menjatuhkan satu-satunya hukuman di bawah seksyen itu iaitu hukuman mati.

Dalam pembelaannya yang dibuat secara bersumpah dari kandang saksi, Raveeploy berkata dia dijanjikan bayaran US$5,000 oleh teman lelakinya bernama Rado, seorang warga Argentina, untuk membawa dadah berkenaan dari Buenos Aires ke Bangkok.

Dia berkata Rado, yang dikenalinya melalui Internet, berjanji akan membayar wang berkenaan apabila dia tiba di Bangkok.

Wanita itu berkata dia telah menelan dadah itu tujuh jam sebelum penerbangan.

Seramai 16 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suzana Abdul Latiff manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan