Bekas Eksekutif Akaun Didakwa 28 Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif akaun wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaay atas 28 pertuduhan pecah amanah dan menggunakan cek palsu membabitkan nilai RM131,894.23.

Tan Ai Lian, 43, dari Kampung Idaman Pandamaran, Pelabuhan Klang, dekat sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fadhir Harun.

Tan, bekas eksekutif akaun Syarikat Agronite Ultrafina Minerals Sdn Bhd, didakwa melakukan 14 kesalahan pecah amanah dan 14 kesalahan menggunakan cek palsu di premis syarikat itu di alamat Lot 10, Jalan Selat Selatan 14, Pandamaran, Klang, antara 29 Disember 2006 hingga 24 April 2007.

Bagi tuduhan pecah amanah, Tan, yang ditangkap pada 9 Februari lepas, didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan menggunakan cek palsu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Fadhir membenarkan Tan dibebaskan dengan jaminan RM25,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan agar pasport tertuduh ditahan di mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar sementara Tan diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan