Pengurus Operasi Bank Terima Arahan Beku Akaun Pathmanaban

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengurus operasi Hong Leong Bank cawangan Banting memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, Khamis bahawa beliau menerima arahan untuk membekukan dua akaun milik tertuduh pertama N. Pathmanabhan pada September 2010.

Yvonne Tiong Guat Choo, 39, berkata arahan untuk pembekuan akaun peribadi Pathmanabhan dan akaun syarikat milik firma guaman tertuduh dibuat secara bertulis.

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili Pathmanabhan, saksi ke-98 pendakwaan itu bagaimanapun berkata beliau tidak pasti siapa pihak yang mengeluarkan arahan itu.

Tiong menyambung keterangannya pada hari ke-67 perbicaraan kes Pathmanabhan, yang merupakan bekas peguam, serta tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, serta pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Tiong berkata apabila arahan pembek uan akaun dibuat semua transaksi membabitkan pengeluaran dan kemasukan wang tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh pembekuan.

"Dari hari akaun ini dibekukan sehingga sekarang ada atau tidak kamu atau Hong Leong Bank hubungi pemegang akaun?" soal Manjeet.

"Untuk akaun syarikat (firma guaman) kita ada hubungi kerana firma guaman ada satu lagi partner (rakan kongsi)," jawab Tiong. "Bila kali terakhir awak hubungi partner (rakan kongsi) itu?" soal Manjeet.

"Tahun lepas (2011) tetapi tarikh tidak pasti berkenaan dengan operasi," jawab saksi itu.

"Ada atau tidak kamu hubungi pemegang akaun peribadi?" soal Manjeet dan Tiong menjawab tiada.

Dalam keterangannya semalam, saksi itu memberitahu bahawa Pathmanabhan telah membuka akaun peribadi atas namanya pada 25 Jun 1999 manakala akaun syarikat adalah atas nama Pathma Nalli & Partners yang dibuka pada 22 April 2000.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 29 Februari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan