Guru Sekolah Memandu Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang guru sekolah memandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis terhadap tuduhan memberi suapan kepada seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun lalu.

Seow Song Sun, 42, dituduh memberi suapan RM200 sebagai dorongan untuk membenarkan tenaga pengajar tanpa sijil mengajar (SM2/SPIM) memandu dan tidak mengambil tindakan kerana tidak memakai tali pinggang keledar, di Pintasan Barat di sini antara pukul 10 dan 11 malam, 12 Mei tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Hakim Norsalha Hamzah menetapkan RM4,000 sebagai jaminan dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya SPRM, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam S.P Raman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan