Buruh Didakwa Bunuh Pembantu Kedai Kain

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis atas dakwaan membunuh pembantu kedai kain, 1 Februari lalu.

Albert a/k Majang, 23, berasal dari Melikin, Serian, Sarawak didakwa membunuh Wan Manisah Wan Mansurdi tingkat bawah kedai UB Textiles Sdn Berhad, Lot, PT 3502(7), Pusat Niaga Paya Keladi, di sini, pada pukul 8 malam tarikh tersebut.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh hanya tersenyum dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.

Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes. Tiada jaminan ditawarkan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah parang.

Mahadi Mamat, 29, didakwa merompak seutas gelang emas bernilai RM2,000 daripada Nur Aien Mohd Nazeri di 1675, Kampung Bukit Payung, Jerteh pada pukul 9.30 pagi, 29 Jan lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud.

Masriwani sebelum itu memberitahu mahkamah tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau dan memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Tertuduh bagaimanapun merayu supaya dibenarkan diikat jamin berikutan dia menyara ibu bapanya yang uzur serta seorang anak saudara yang kematian bapa.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Mahkamah menetapkan 7 Mac untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan