Bekas Naib Pengerusi KOSWIP Didakwa Terima Suapan

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi Koperasi Pegawai Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (KOSWIP) pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga dakwaan menerima suapan berjumlah RM270,000 tujuh tahun lepas.

Sharuddin Abdul Malek mengaku tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 10 (a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sharuddin didakwa menerima suapan dalam bentuk cek bernilai RM100,000 di antara 17 hingga 19 September 2005, cek bernilai RM120,000 di antara 30 September hingga 28 Okt 2005 dan cek bernilai RM50,000 di antara 20 Dis hingga 21 Dis 2005 daripada Pengarah Urusan CAE Technologies Sdn Bhd, Mokhtar Ismail.

Beliau dituduh menerima suapan itu di tempat yang sama untuk ketiga-ketiga pertuduhan iaitu di Pasaraya Big 7, Wisma MAIS Jalan RU 3/9A Seksyen 3 di sini sebagai upah untuk membantu CAE Technologies mendapatkan kontrak daripada KOSWIP untuk membekal, membangun dan menyelenggara sistem rangkaian dan portal sistem maklumat koperasi itu.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan RM15,000 dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan.

Sharuddin yang diwakili oleh peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon kepada mahkamah supaya jaminan untuk anak guamnya dikurangkan kepada RM5,000 kerana tertuduh yang kini bekerja sendiri sebagai pemotong rumput tidak mampu membayar jaminan yang tinggi.

Anak guamnya itu juga telah berkahwin dan mempunyai lima anak berumur antara sembilan hingga 26 tahun dan menanggung ibunya berumur 71 tahun yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital setiap bulan, katanya.

Asmadi kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan Sharuddin diminta melaporkan diri di Balai Polis Taman Dagang Ampang setiap Ahad minggu pertama setiap bulan.

Beliau juga menetapkan tarikh perbicaraan dari 14 hingga 18 Mei ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan