140 Rakyat Myanmar Dipenjara Lima Bulan

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 140 orang rakyat Myanmar yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Disember dan Januari lepas telah dijatuhi hukuman penjara lima bulan.

Tujuh lagi pendatang tanpa izin Myanmar yang di bawah umur diserah kepada Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran. Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Utara Laksamana Maritim Tan Kok Khee berkata hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Langkawi di sini Selasa lepas.

Katanya 89 orang yang ditangkap pada 1 Dis lepas dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dijatuhi hukuman penjara lima bulan bermula tarikh tangkapan.

"Dua orang diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran kerana masih di bawah umur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata seramai 51 orang lagi yang dikenakan hukuman penjara lima bulan itu ditahan pada 18 Januari lepas dan dituduh mengikut seksyen yang sama manakala lima lagi diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan