Dua Cek RM4 Juta Pathmanabhan Kepada Sosilawati Tidak Ditunaikan

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Rabu diberitahu tertuduh pertama N.Pathmanabhan telah mengeluarkan dua cek berjumlah RM4 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu tetapi kedua-duanya tidak ditunaikan.

Pengurus operasi Hong Leong Bank cawangan Banting, Yvonne Tiong Guat Choo, 39, berkata dua keping cek bertarikh 9 Sept 2010 itu adalah daripada akaun peribadi Pathmanabhan untuk dibayar kepada Southern Symphony Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Sosilawati.

"Merujuk kepada penyata akaun Hong Leong Bank atas nama Pathmanabhan, kedua-dua cek itu tidak ditunaikan sehingga 15 Sept 2010," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani.

Tiong memberi keterangan pada hari ke-66 perbicaraan kes Pathmanabhan, yang merupakan bekas peguam, serta tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, serta pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiong berkata Pathmanabhan telah membuka akaun peribadi atas namanya pada 25 Jun 1999 manakala akaun syarikat adalah atas nama Pathmanabhan Nalli & Partners yang dibuka pada 22 April 2000.

Kepada soalan Idham, saksi itu berkata bahawa berdasarkan penyata akaun peribadi atas nama Pathmanabhan sehingga 30 Ogos 2010, baki simpanan dalam akaun itu adalah RM1,383,943.85 dan bagi akaun atas nama Pathmanabhan Nalli & Partners sehingga 30 Ogos 2010, ialah RM106,369.73.

Saksi ke-98 pendakwaan itu seterusnya berkata berdasarkan penyata akaun atas nama Pathmanabhan, terdapat empat pengeluaran dibuat melalui empat keping cek berjumlah RM1,010,000 pada 30 Ogos 2010, dua pengeluaran dibuat melalui dua keping cek berjumlah RM800,000 pada 1 Sept 2010 dan dua pengeluaran dibuat melalui dua keping cek berjumlah RM500,000 pada 3 Sept 2010.

Tiong berkata bagi kemasukan pula, penyata akaun menunjukkan bahawa terdapat kemasukan wang tunai berjumlah RM800,000 ke dalam akaun atas nama Pathmanabhan pada 25 Ogos 2010 dan dua transaksi kemasukan wang tunai berjumlah RM1.6 juta ke dalam akaun yang sama pada 26 Ogos 2010.

Seorang lagi saksi, pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob, 36, berkata beliau telah dihubungi oleh pegawai soal siasat Cif Inspektor N.Govindan, pada 12 Sept 2010 memaklumkan bahawa tertuduh kedua, Thilaiyalagan, tertuduh ketiga, Matan dan tertuduh keempat, Kathavarayan (ketika itu suspek) bersedia untuk menunjukkan beberapa lokasi yang berkaitan dalam kes itu.

Katanya ketika berada di Ladang Gadong di Banting, Kathavarayan telah menunjukkan satu kawasan lapang yang mempunyai kesan pembakaran dan ketika berada di atas jambatan Sungai Panchau di Banting, tertuduh keempat itu telah menunjukkan ke arah dalam sungai di situ.

"Ketika berada di kunci air Jalan Pasar Besar, Banting, saya lihat tertuduh keempat (Kathavarayan) menunjuk ke arah kunci air," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung, Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan