Sebutan Kes Saman Oleh AJK Madrasah Salihiah Didengar 21 Februari

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, pada Isnin menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes saman yang difailkan oleh anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nabisha Ibrahim membuat keputusan itu dalam kamar untuk membolehkan semua pihak mengemukakan afidavit sokongan mereka bagi kes berkenaan.

Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Jan bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Dalam writ itu, beliau memohon supaya diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 4 Julai lepas untuk membenarkan pemaju membayar pampasan kepada MAIK bagi tanah wakaf yang diperoleh itu.

Beliau turut memohon perisytiharan bahawa keputusan MAIK pada 21 Jun tahun lepas bahawa surau itu perlu dikekalkan demi manfaat anggotanya adalah sah dan mengikat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jamludin berkata surau itu dibina pada 1909 di atas tanah kepunyaan keturunan seorang yang bernama Hajah Aisyah sebelum diserahkan kepada MAIK sebagai tanah wakaf khas.

Beliau mendakwa Jawatankuasa Fatwa membenarkan pemaju untuk membayar pampasan bagi tanah itu kepada MAIK, dan MAIK bertanggungjawab untuk mencari tapak gantian.

Pemaju juga dikehendaki membina surau berasingan daripada pusat beli-belah itu atau di tingkat bawah premis berkenaan.

Jamludin berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa itu menyebabkan pejabat tanah daerah mengarahkan jawatankuasa surau supaya mengosongkan tanah berkenaan.

Beliau diwakili oleh peguam Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan