Penghantar Surat Dituduh Rompak Wartawan Utusan Malaysia - Berita Mahkamah | mStar

Penghantar Surat Dituduh Rompak Wartawan Utusan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini pada Jumaat terhadap pertuduhan merompak seorang wartawan wanita Utusan Malaysia melibatkan barangan bernilai RM10,000 minggu lepas.

Muhammad Haqqim Abd Rahman, 19, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak dua utas rantai leher dan dua loket emas milik Meran Abu Bakar, 53, di hadapan rumah No 10, Jalan 3, Taman Selayang, Batu Caves dekat sini pada 7 malam, 28 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Muhammad Haqqim tidak diwakili peguam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan