Kerani Didakwa Palsukan Baucar Kerajaan Bernilai Hampir RM150,000

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan memalsukan baucar kerajaan berjumlah RM146,326 dengan mengubah nombor akaun penerima bayaran kepada akaun peribadinya pada tahun lepas.

Tertuduh, Nur Adila Azmie, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fadhir Harun.

Wanita itu didakwa memalsukan baucar RM146,326 bertarikh 17 November 2011 dengan mengubah nombor akaun penerima bayaran ke akaun peribadinya.

Nur Adila didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) beralamat di No: 5934, Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34 di sini, pada 17 Nov tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Fadhir membenarkan Nur Adila dibebaskan dengan jaminan RM7,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan semula kes.

Mohd Fadhir turut memerintahkan pasport tertuduh ditahan di mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie sementara Nur Adila tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan