Adam Kadir Tarik Balik Saman Terhadap Azman Mokhtar

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Berhad (PMB) Tan Sri Adam Kadir pada Jumaat menyatakan beliau telah menarik balik semua tindakan undang-undang terhadap pengarah urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) Tan Sri Azman Mokhtar dan syarikat berkaitan kerajaan itu.

Dalam kenyataan kepada Bernama pada Jumaat, beliau berkata, penarikan balik itu adalah sejajar dengan terma pengantaraan yang dikendalikan seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada 18 dan 23 Ogos 2011 iaitu bahawa bersempena bulan Ramadan, semua tindakan oleh pihak yang terlibat dengan pengantaraan itu perlu ditarik balik dengan serta-merta.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama hakim berkenaan.

"Pada pengantaraan itu, Azman Mokhtar mewakili diri beliau sendiri, manakala Khazanah diwakili pengarah eksekutifnya Dr Nungsari Ahmad Radhi.

"Pengantaraan itu diadakan selepas Azman Mokhtar memohon kerjasama seorang bekas menteri Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin pada perjumpaan mereka di premis pejabat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Adam.

Beliau berkata, antara terma yang dipersetujui ialah tiada pihak akan mengemukakan permohonan maaf kepada satu sama lain dan satu langkah penebusan akan dilaksanakan untuk beliau.

Pada 22 Oktober 2010, Adam, 70, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Menteri Kewangan dan kerajaan kerana melanggar kontrak pelantikan beliau sebagai pengerusi PMB dan memohon perisytiharan bahawa pemecatan beliau sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memfailkan satu saman terhadap Azman pad 4 Nov 2010 dengan mendakwa bahawa akibat campur tangan Azman secara tidak sah, kerajaan mengambil keputusan menamatkan kontraknya melalui dua pucuk surat bertarikh 23 dan 26 Mei 2008, yang ditandatangani menteri berkenaan.

Khazanah adalah pemegang saham terbesar PMB.

Pelantikan Adam sepatutnya berakhir pada 28 Februari 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan