Sarjan Polis Hadapi Tiga Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah pada tahun lepas.

Azalan Sanip, 48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah dituduh memperolehi suapan RM1,000 daripada Mohammad Nasir Mohamad sebagai dorongan menyelesaikan kes curi, di pejabatnya pada 12 tengah hari, 27 Februari 2011.

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu di sebuah lagi Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa meminta suapan RM1,000 daripada Roslan Che Lah bagi menyelesaikan kes curi, di tempat dan pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Azalan didakwa menerima suapan berjumlah RM500 daripada Roslan bagi menyelesaikan kes curi, di tempat yang sama pada 4.30 petang, 1 Mac 2011.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan kesemua kes disebut semula pada 1 Mac.

Azalan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Firdaus Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam S. Anthony Samy. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan