Penjual Kayu Balak Didakwa Rasuah Pegawai Jabatan Perhutanan Selangor

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual kayu balak pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi suapan RM1,000 kepada seorang pegawai Jabatan Perhutanan Selangor, dua tahun lepas.

Lim Kay Hong, 40, didakwa memberi wang itu kepada Penolong Pengarah (Operasi & Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan, Mohd Yussainy Md Yusof sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas kilang papan PKC Timber Trading kerana menjalankan pemprosesan memotong kayu balak bulat yang melanggar syarat-syarat lesen mengikut Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1986. Ayah kepada seorang anak itu dituduh melakukan kesalahan di Restoran Hatija Maju, No. 69, Jalan Diplomatik, Putrajaya pada pukul 12.22 tengah hari, 24 Mei 2010.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Mohd Nur Lokman Samingan dari SPRM menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dengan alasan wang jaminan itu munasabah dengan kesalahan yang dilakukan.

Lim, yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM5,000 kerana dia tidak mempunyai pendapatan tinggi.

"Saya bukan orang senang kerana saya hanya menjual kayu-kayan dan perlu menanggung keluarga termasuk ibubapa yang sudah tua," katanya.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Rakan lelaki kepada tertuduh membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan