Indah Water Tuntut Yayasan Selangor Bayar RM851,792

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah memfailkan saman terhadap Yayasan Selangor bagi menuntut bayaran perkhidmatan berjumlah RM851,792.

Writ saman tersebut difailkan pada 24 NovEMBER tahun lepas di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof yang mendengar kes itu dalam kamar pada Khamis menetapkan 23 Februari untuk pengurusan kes dengan dihadiri peguam Sharen Rosli mewakili IWK dan Nasrullah Anuar bagi pihak Yayasan Selangor.

Menerusi pernyataan tuntutan, IWK mendakwa Yayasan Selangor yang beralamat di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini gagal membayar jumlah caj tersebut setakat 31 Mei 2011 seperti yang dinyatakan dalam penyata akaun IWK bertarikh 16 Julai 2011. IWK mendakwa caj pembentungan yang perlu dibayar Yayasan Selangor adalah untuk perkhidmatan pembentungan jenis bersambung ke premis dan ditetapkan di bawah jadual Kedua Peraturan 4(1)(b) Peraturan Caj.

Syarikat itu mendakwa perkhidmatan itu tidak diberikan secara percuma dan defendan (Yayasan Selangor) terikat membayar caj pembentungan seperti yang ditetapkan.

Selain meminta pembayaran RM851,792.80, IWK juga menuntut faedah pada kadar empat peratus setahun atas jumlah tersebut (RM851,792) dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif.

Sementara itu Yayasan Selangor menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 23 Disember tahun lepas menafikan bahawa pihaknya menerima perkhidmatan IWK seperti didakwa.

Yayasan itu mendakwa tidak mempunyai pengetahuan mengenai penyata akaun bertarikh 16 Julai 2011 serta tidak menerima apa-apa bil secara bulanan ataupun tahunan yang menunjukkan jumlah tertunggak.

Ia menyatakan jumlah yang dituntut oleh IWK adalah salah, melampau dan tidak pernah dipersetujui oleh pihak Yayasan Selangor.

Tuntutan itu juga adalah salah di sisi undang-undang dan patut dibatalkan oleh mahkamah kerana had masa bagi sebahagian daripada tuntutan telah luput, menurut pernyataan pembelaan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan