Bekas Pengarah Didenda Buat Kenyataan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM10,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis selepas beliau mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hakim Mahmud Abdullah turut memerintahkan bekas pengarah syarikat permotoran Semangat Motor Sdn Bhd, Mohd Nathir Che Suliman, (ulang: Mohd Nathir Che Suliman) dipenjara 18 bulan jika beliau gagal membayar denda itu.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah mengenakan denda RM3,500 atau penjara enam bulan jika beliau gagal membayar denda.

Mohd Nathir membayar denda itu.

Mohd Nathir, 56, didakwa telah membuat pernyataan palsu dalam Penyata Kewangan Semangat Motor Sdn Bhd bagi tahun berakhir 30 September 1999, 30 September 2000 dan 30 September 2001 di SSM, Tingkat 13, Putra Place, Jalan Putra, di sini pada 8 April 2002.

Pernyataan palsu yang dikemukakan dalam penyata kewangan adalah seperti berikut: "Syarikat berkenaan terutamanya terlibat dalam juala kenderaan bermotor. Tidak ada perubahan signifikan dalam aktiviti utamanya dalam tempoh tahun kewangan berkenaan".

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Sesyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda hingga RM250,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari SSM Mohd Azies Han Mohd Fadzil memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.

Peguam Shahrul Hameed Abdul Wahab, yang mewakili Mohd Nathir, memohon hukuman ringan kerana anak guamnya telah mengaku bersalah dan pengakuannya itu telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

"Anak guam saya tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih kecil. Dia juga telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SSM semasa siasatan," kata peguam itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan