Bekas Pegawai Bank Dipenjara, Sebat

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus operasi Bank Islam Berhad cawangan Banting dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis selepas mengaku bersalah terhadap 95 pertuduhan pecah amanah dalam enam akaun pelanggan bank membabitkan RM83,500.

Hakim Mohd Fadhir Harun menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Ramdan Mat Razak, 38, dan memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan secara serentak bermula Khamis.

Mohd Fadhir turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya dia gagal membayar denda.

Ramdan didakwa melakukan pecah amanah berhubung enam akaun pelanggan Bank Islam Berhad cawangan Banting melibatkan jumlah RM83,500 dan 95 transaksi di premis bank itu di Jalan Cempaka, Banting, antara 28 Jan 2006 dan 20 Mac 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pada 25 Mac 2008, seorang pelanggan bank, Mohd Mahmud Tusiman, telah membuat laporan kehilangan wang sebanyak RM8,000 dan ekoran laporan itu pihak bank telah membuat siasatan dalaman.

Laporan dibuat kepada polis oleh pengurus bank berkenaan pada 24 April 2008 selepas siasatan dalaman lengkap dan pihak bank telah mengenal pasti akaun serta jumlah yang terlibat.

Pemeriksaan ke atas penyata akaun bank kesemua mangsa mendapati bahawa pengeluaran secara 'automated fund transfer' telah dibuat oleh Ramdan dan ini disahkan oleh sistem yang mencatatkan nama serta kata laluan yang diberikan khas oleh pihak bank kepada tertuduh.

Dia didapati telah melakukan 95 transaksi pemindahan wang daripada akaun kesemua mangsa ke dalam tiga akaun lain termasuk akaun milik isterinya.

Kesemua transaksi pemindahan wang itu dibuat tanpa arahan daripada pemilik akaun malah tidak diketahui oleh kesemua pemilik akaun berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Tonie, manakala Ramdan diwakili peguam Pritam Singh. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan