Pemandu Lori Dipenjara Kerana Tipu Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang pemandu lori kerana menipu seorang peniaga RM30,000 bagi pembelian tanah yang tidak wujud.

Majistret Nurul Syahida Zainal menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Man Idris, 55, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Jan lepas, selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan, Selasa.

Che Man didakwa menipu ahli perniagaan Shaik Alaudeen Abdul Hamid, 56, di Plaza Masalam di sini pada 9.30 pagi 22 Dis tahun lepas untuk menyerahkan wang pendahuluan RM30,000 untuk sebidang tanah yang tidak wujud.

Peguam Farah Aida Ahmad yang mewakili Che Man merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana anak guamnya itu telah insaf dan menyesal akan perbuatannya itu.

Menurutnya tertuduh ialah bapa tunggal yang menghidap sakit lutut setelah terlibat dalam kemalangan selain perlu menanggung seorang anak yang menuntut di universiti.

Menurut fakta kes, Che Man menyamar sebagai pegawai Pejabat Tanah dan pada hari kejadian, telah menerima wang daripada Shaik Alaudeen bagi pembelian tanah itu sebelum naik ke tingkat atas Plaza Masalam kononnya bagi mengambil resit pembayaran, tetapi setelah dua jam menunggu, Che Man tidak muncul.

Ahli perniagaan itu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh diberkas di sebuah restoran di Seksyen 28 di sini pada malam 4 Jan lepas.

Sebelum kejadian Shaik Alaudeen telah bertemu dengan Che Man di sebuah restoran di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada 21 Dis lepas bagi membincangkan soal penjualan tanah di Semenyih, Hulu Langat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Hemvathi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan