Inkues: Baharudin Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung - Anak

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner yang mendengar inkues pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas, pada Selasa diberitahu bahawa Baharudin meninggal dunia akibat sakit jantung.

Anak sulungnya, Dr Ummi Mirza, 25, memberitahu mahkamah bahawa beliau mengetahui ayahnya meninggal dunia akibat penyakit jantung selepas dimaklumkan oleh seorang pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Anuar yang melakukan bedah siasat terhadap jenazah bapanya.

Bagaimanapun, Ummi yang merupakan pegawai perubatan pelatih di Jabatan Pembedahan Am di hospital itu mengakui tidak bersetuju dengan punca kematian bapanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa doktor tersebut turut mengesahkan bahawa tiada kesan lebam wujud di badan bapanya. Selain itu, Ummi berkata hasil daripada bedah siasat bapanya, Dr Khairul memberitahunya bahawa bapanya meninggal dunia semasa di bangunan Avenue K, tempat ayahnya tidak sedarkan diri.

Terdahulu, Ummi berkata sejurus mengetahui bapanya tenat di wad kecemasan melalui adiknya, beliau terus bergegas ke wad kecemasan mencari bapanya.

"Ketika di wad kecemasan, saya lihat ramai petugas berada di sisi ayah untuk membantu ayah, di celahan doktor dan petugas yang sedang merawat ayah ketika itu, saya pergi ke arahnya dan pasti itu ayah apabila melihat wajahnya," katanya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh semasa pemeriksaan utama.

"Semasa di sisi ayah, saya sempat berbisik berkata, 'ayah saya minta maaf, halalkan makan minum, terima kasih mendidik saya dan saya katakan pada ayah ini adalah jihad'," kata saksi kelima dalam prosiding inkues itu.

Ummi berkata doktor yang merawat bapanya memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

"Doktor tersebut menjelaskan status ayah adalah BID (brought-in-dead), iaitu mati sebelum tiba di hospital," katanya.

Dalam pada itu, dua pegawai polis iaitu Supt Zahari Mohd Yusoff dan Insp Shamsubahrin Kadir, dalam keterangan mereka, memaklumkan bahawa keadaan di sekitar pusat beli-belah di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) berada dalam keadaan tenang dan terkawal pada hari perhimpunan tersebut.

Saksi keenam dan ketujuh itu, dalam keterangan berasingan, turut memberitahu bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak pernah mengeluarkan semburan air dan gas pemedih mata di lokasi sama (KLCC).

Keluarga Allahyarham Baharudin diwakili peguam Ahmad Jufliz Faiza, Chan Chew Weng dan Ahmad Zamri Assad Khuzaimi.

Inkues di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah bersambung Khamis ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan