Guru Bebas Tuduhan Seks Luar Tabii Dengan Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang guru sekolah rendah pada Selasa dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim itu berkata, mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.

Hakim Slamat berkata pakar bedah, Dr S. Manimaran, telah memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa telah diliwat.

Ahli kimia P.Revathi pula menyatakan hanya DNA Badrul Akmal yang diambil daripada keratan kain dari biliknya, dan tiada DNA mangsa didapati di atas katil atau dalam bilik tertuduh, kata Hakim Slamat.

Beliau berkata, kes itu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang telah membaca mesej pesanan ringkas dalam telefon bimbit mangsa.

Badrul Akmal dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masingnya pada 1 pagi dan 3 pagi 24 Ogos 2008 di rumah No 53 Jalan Genting 5/KU 4 Taman Kembara 2, Rantau Panjang, Klang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamaruddin manakala Badrul Akmal diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.

Tertuduh yang terharu dengan keputusan mahkamah memeluk Lazarus sambil menangis teresak-esak.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan