Bekas Pengurusan Tertinggi NSTP Dan Penulis Blog Selesai Saman

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang dikemukakan empat bekas pengurusan tertinggi the New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), lima tahun lepas terhadap penulis blog Datuk Ahirudin Attan, telah diselesaikan secara berbaik-baik.

Peguam kedua-dua pihak pada Selasa mengemukakan kenyataan peyelesaian itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamed. Peguam Rishwant Singh mewakili keempat-empat mereka sementara Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos bertindak bagi Ahirudin, yang hadir di mahkamah.

Kes itu pada Selasa dijadual bagi pengurusan kes.

Pada 4 Januari, 2007, keempat-empat mereka pada ketika itu adalah timbalan pengerusi NSTP Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan editor kumpulan Brendan Pereira memfailkan saman itu terhadap Ahirudin kerana memfitnah dan kepalsuan niat jahat. Saman itu berkaitan artikel dan penyiaran yang diterbitkan, atau dibenarkan untuk diterbitkan oleh Ahirudin dalam blognya yang mendakwa merujuk kepada mereka dan adalah memfitnah.

Pada awalnya, NSTP juga dinamakan sebagai plaintif dalam saman itu.

Bagaimanapun syarikat itu menarik balik sebagai plaintif pada 27 September 2010.

Ahirudin yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru, dalam kenyataan pembelaanya memfailkan pada 3 Mei, 2007, menafikan bahawa perkataan-perkataan itu adalah memfitnah dan beliau juga bergantung pada komen yang adil mengenai satu perkara yang menjadi minat umum dan penerangan umum.

Dalam kenyataan penyelesaian, defendan (Ahirudin) telah mengiktiraf, mengakui dan menegaskan dengan amat menyusahkan, memalukan dan menyulitkan disebabkan kepada plaintif (keempat-empat) akibat daripada penerbitan kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Ahirudin melahirkan perasaan keikhlasan dan sangat menyesal akibatnya kepada plaintif, untuk menarik balik semua tuduhan dan berkaitan serta memohon maaf untuk yang sama.

"Tambahan, defendan (Ahirudin) bersetuju dan tidak akan menerbitkan sebarang dakwaan dan berkaitan atau yang sama atau tuduhan lain dan berkaitan, memfitnah atau sebaliknya, mengenai mana-mana plaintif dalam tindakan sama ada menerusi perkataan, gambar atau sebaliknya, kini atau masa akan datang dalam laman blog Rocky Bru atau mana-mana laman blog dan laman web lain," katanya.

Ia juga menyatakan bahawa ketika penerbitan dalam laman blognya world wide web di http://rockybru.blogspot.com, beberapa kenyataan dan komen disiarkan defendan, didapati semuanya dalam kenyataan tuntutan.

"Plaintif mengekalkan bahawa tuduhan itu adalah libel dan kenyataan itu menyebabkan plaintif sangat menyusahkan, memalukan dan menyulitkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa dalam semangat penyelesaian secara berbaik-baik antara pihak terbabit, kedua-dua pihak bersetuju tidak akan ada perintah berkaitan kos.

Jahaberdeen memberitahu media bahawa klien beliau akan menyiarkan kenyataan menyelesaian itu dalam laman webnya. - BERNAMA SSA RV BK

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan