Nik Sapeia Bebas Tuduhan Cederakan Tun M

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Nik Sapeia terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kota Baharu yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada 14 Januari 2010.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata Majistret Azman Mustafa telah khilaf daripada segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Nik Sapeia dengan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Tugas perayu adalah menimbulkan keraguan terhadap kes dan perayu telah mewujudkan keraguan tersebut," katanya.

Sejurus keputusan itu dibacakan, Nik Sapeia dilihat mengalirkan air mata dan memeluk panel peguamnya yang diketuai Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, anggota keluarga dan penyokong yang memenuhi galeri awam mahkamah.

Mengikut pertuduhan, selain Dr Mahathir, Nik Sapeia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Datuk Ibrahim Ali, 60, Mohd Nasir Muda, 50, dan Suberi Sahidan, 52, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 11 pagi, 28 Julai 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Nik Sapeia turut diwakili peguam Datuk Ramli Yusoff, Badrul Munir Bukhari, Y.Sheelan Samugam dan Zainul Abidin Mustaffa manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani dan Lailawati Ali.

Ditemui selepas itu, ahli perniagaan tersebut bersyukur kerana berjaya dalam rayuannya dan berjanji akan terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan selepas ini melalui penyertaan dalam politik.

Bagaimanapun, Nik Sapeia, yang juga Naib Presiden PPP, tidak berhasrat mendakwa pihak yang dikatakan menganiaya dirinya.

"Saya tidak akan mendakwa mana-mana pihak itu, sebaliknya akan bertemu di akhirat kelak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan