Ahli Perniagaan Didakwa Tipu Pemandu Teksi

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu seorang pemandu teksi sebanyak RM90,000, dua tahun lepas.

Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, didakwa menipu Limat Jonit, 57, di Maybank Pelabuhan Klang pada 24 Mac 2010.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan boleh dikenakan sebatan dan denda.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hurman Hussin dari Mahkamah Majistret Klang, di Wad 8A, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini.

Difahamkan Shamsubahrin menerima rawatan di hospital itu sejak tiga hari lepas kerana penyakit kencing manis kronik.

Shamsubahrin didakwa mempelawa Limat membuat pelaburan dalam syarikat perniagaan awam yang tidak wujud dan meminta pemandu teksi itu memasukkan RM90,000 ke dalam akaun peribadinya.

Perbuatannya itu didakwa telah mendatangkan kerugian terhadap Limat.

Timbalan Pendakwa Raya Elya Ezrin Mohd Roslan menawarkan jaminan RM15,000 tetapi peguambela Shamsubahrin, N.Surendran, meminta nilai jaminan itu dikurangkan.

Surendran berkata anak guamnya baru sahaja membayar jaminan RM300,000 bagi kes beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini dan pasport antarabangsanya telahpun diserahkan kepada mahkamah.

Pada 30 Dis tahun lepas, Shamsubahrin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan menipu Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi National Feedlot Corporation, melibatkan RM1.775 juta.

Hurman kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM9,000 dan menetapkan sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Klang pada 27 Feb ini.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan