Bekas Penolong Pengarah Kemas NS Dituduh Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Bekas Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan, Mohd Shukri Ibrahim, dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini Khamis, berhubung tiga pertuduhan kerana mengesahkan dokumen palsu penerimaan barangan dan menerima suapan antara 18 Dis 2010 dan 20 Jan tahun lalu.

Mohd Shukri, 47, yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kemas di Putrajaya, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Shukri didakwa telah mengesahkan dokumen pesanan kerajaan yang mengandungi penyataan palsu penerimaan barangan peralatan komputer yang dipesan daripada Syarikat Strategi Kembar Enterprise yang sebenarnya barangan tersebut belum diterima.

Mohd Shukri, yang ketika itu memangku jawatan Pengarah Kemas Negeri Sembilan, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Kemas Negeri Sembilan di sini pada 6 Jan tahun lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima suapan RM700 daripada seorang bernama Shaaron Mansor sebagai dorongan supaya melantik Syarikat Strategi Kembar Enterprise sebagai pembekal bagi pesanan kerajaan. Kesalah didakwa dilakukan di Restoran Tomyam Kualimas, Taman Bandar Senawang, di sini pada 18 Dis 2010.

Dia juga mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketiga iaitu menerima suapan RM2,000 daripada Shaaron sebagai dorongan supaya mengesahkan dan meluluskan pembayaran kepada Syarikat Strategi Kembar Enterprise sebagai pembekal pesanan kerajaan di lokasi sama pada 20 Jan tahun lepas.

Di mahkamah sama, pemilik Syarikat Strategi Kembar Enterprise, Amir Fitri Muharram, 24, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan bersubahat dengan Mohd Shukri dengan memperakui bahawa barang-barang itu telah dibekalkan, walaupun sebenarnya ia masih belum diterima.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia P. Sevan, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Amir Fitri dan RM20,000 terhadap Mohd Shukri.

Bagaimanapun Amir Fitri, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana tidak mampu disebabkan pendapatan bulanannya tidak sampai RM2,000, selain perlu menanggung bapanya.

Mohd Shukri pula, yang diwakili peguam Param Sundram, memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut kerana mempunyai seorang isteri dan enam orang anak selain berpendapatan hanya RM3,000 dan tidak mampu membayar wang jaminan sebanyak itu.

Nursinah kemudiannya mengenakan jaminan RM6,000 bagi Amir Fitri dengan seorang penjamin dan RM10,000 bagi Mohd Shukri dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan