Mahkamah Sebut Semula Kes Kugan

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 13 Februari depan untuk menyebut semula kes Konstabel V. Navindran yang diperintah membela diri atas dua pertuduhan pilihan mencederakan tahanan, A. Kugan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail memohon tarikh sebutan baru.

Kes itu akan disebut semula di depan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Aslam Zainuddin, yang mendengarnya sebelum ini di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Navindran, 30, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di bilik soal siasat D9, Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009 mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Januari 2009, Aslam melepas dan membebaskan Navindran daripada pertuduhan utama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Kugan, suspek kes curi kereta mewah yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan