Pesara Tentera Saman Kuan Yew, Enam Pemimpin Malaysia Dakwaan Jatuh Maruah 403 Bekas Pegawai ATM

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat kapten, pada Jumaat memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara.

Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Lee, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.

Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konpirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang.

Kesemua plaintif mendakwa tindakan defendan-defendan itu adalah untuk menjadikan status mereka (plaintif) lebih rendah daripada pegawai lain dan kehormatan mereka akan menjadi rendah dalam sektor awam.

Mereka juga mendakwa defendan pertama iaitu Lee telah gagal dalam tugas perlembagaan dalam menyekat dan mengimbangi kuasa kerajaan pusat di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman dari 16 Sept 1963 hingga 31 Dis 1966 ketika Singapura di bawah Malaysia.

Oleh yang demikian, kesemua plaintif menuntut deklarasi bahawa keputusan Kabinet pada 1963 yang menyisihkan ATM dari Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menyemak tangga gaji dan perkhidmatan untuk kesemua sektor awam adalah salah dan melanggar undang-undang.

Mereka juga menuntut perintah mandamus terhadap Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan Suruhanjaya DiRaja di bawah Ordinan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1950 untuk menyiasat salah laku berunsur khianat Perdana Menteri dan Kuarted Pegawai Tadbir Diplomasi.

Kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi punitif sebanyak RM3 juta bagi setiap plaintif, ganti rugi khas, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan