Pelakon Drama Dituduh Curi Barang Solek

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama televisyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat terhadap tuduhan mencuri barang solek di sebuah pusat beli-belah dua minggu lepas.

Mazni Mahmud, 20, dituduh mencuri tiga bedak padat, tiga pengilat bibir dan beberapa barangan lain bernilai RM246.40 di Pasar Raya Carrefour Sri Petaling di sini pada pukul 9.30 malam 7 Januari.

Di dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menetapkan 22 Feb ini sebagai tarikh sebutan kes dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM700 oleh seorang penjamin.

Cif Insp Nom Phot Prackdit bertindak sebagai pegawai pendakwa manakala Mazni tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan