Anwar Fail Saman Ke Atas Utusan & Ketua Pengarangnya - Berita Mahkamah | mStar

Anwar Fail Saman Ke Atas Utusan & Ketua Pengarangnya

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat memfailkan saman berjumlah RM50 juta ke atas Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdul Aziz Ishak kerana dikatakan menfitnahnya dengan mendakwa yang beliau mahu menghalalkan homoseksualiti.

Ketua Pembangkang itu juga menuntut untuk memperolehi injunksi untuk menghalang kedua-dua pihak defendan itu daripada terus menerbitkan kata-kata yang sama ke atasnya sama ada di dalam media mahupun internet.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah memfailkan samannya melalui peguam N.Surendran dan Latheefa Koya di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat.

Menurut writ saman tersebut, Anwar menegaskan bahawa pihak defendan telah secara salah dan berniat jahat menerbitkan kata-kata yang berunsur fitnah ke atasnya pada muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari 2012 di bawah tajuk; “Tolak Anwar - Hassan.”

Anwar juga berkata, akhbar tersebut turut menyiarkan tulisan berunsur fitnah terhadapnya pada muka surat 10 di bawah judul; “Parasit ancam PAS, Anwar mesti ditolak” pada hari yang sama dan sebelum itu secara berterusan membuat dakwaan yang sama di dalam penerbitannya.

Kata Anwar, tulisan itu semua memberi gambaran seolah-olah beliau adalah seorang yang tidak layak memegang sebarang jawatan awam dan juga memberi gambaran seolah-olah beliau adalah seorang pemimpin Muslim yang memiliki pandangan yang tidak konsisten dengan amalan Islam.

Anwar juga berkata, beliau melalui peguamnya pada 17 Januari lalu telah menuntut Kumpulan Utusan agar menarik balik kesemua tulisan tersebut serta menuntut maaf kepadanya tetapi mereka gagal berbuat demikian sebagaimana yang ditetapkan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan