Bekas Jurugambar Sambilan Didakwa Menyamar Sebagai Pendakwa Raya

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar sambilan pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu dan menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya. M.K. Ravi, 44, didakwa menipu Koperal Zainal Maliki untuk mempercayai bahawa dia adalah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria yang akan menyelesaikan kes rasuah melibatkan Zainal hingga mendorongnya (Zainal) menyerahkan wang berjumlah RM5,000.

Bagi kesalahan tersebut, Ravi didakwa mengikut Sesyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Bagi kesalahan kedua Ravi didakwa menipu Zainal dengan menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian dan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ravi didakwa melakukan pertuduhan pertama di Bank Simpanan Nasional, Sungai Besi pada pukul 9.09 pagi, 26 Mei 2011 dan tuduhan kedua di B8A, Jalan Sinaran, Taman Sinaran, Balakong, pada pukul 8 malam, 25 Mei 2011.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan Ravi melapor diri di balai polis terdekat dua minggu sekali pada setiap hari Isnin.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azizun Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan