Penganggur Dituduh Culik, Bunuh Ahli Perniagaan Singapura

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu, atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura di bandar raya ini, November lepas.

S. Periasamy, 36, dituduh dengan niat menahan Sim Chee Yong, 56, dengan cara melarikan dan menghalang mangsa bagi mendapatkan tebusan sebanyak RM800,000 di Jalan Tun Abdul Razak di sini, kira-kira 11 malam, 26 November tahun lepas.

Dia turut dituduh dengan niat membunuh Sim di muara Sungai Kong Kong, Masai di sini, antara pukul 3 pagi, 30 November sehingga 11.30 pagi, 1 Disember lepas.

Dia dituduh bersama-sama dengan lima yang lain yang telah dituduh di mahkamah ini pada 11 Januari lepas.

Pertuduhan pertama mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Periasamy mengangguk faham terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Isa Mohamad, namun tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil dan Periasamy diwakili peguam Iszam Kamal Ismail. Mahkamah menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan