Hukuman Penjara Peniaga Perkakasan Komputer Sebabkan Kematian Isteri Kekal

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Johor Baharu terhadap seorang peniaga perkakasan komputer kerana menyebabkan kematian isterinya, empat tahun lepas.

Datuk Abdul Malik Ishak, yang mengetuai panel tiga hakim, turut mengekalkan keputusan mahkamah itu melepas serta membebaskan Mohd Zahari Embong, 42, daripada pertuduhan membunuh tiga anaknya.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Balia Yusof Wahi membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes itu.

Mohd Zahari diperintah menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 11 Mac 2006.

Dia didapati bersalah menyebabkan kematian Mardziah Mansor, 32, di rumah mereka di Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai, Johor Baharu antara 7 malam dan 8.40 malam, pada 11 Mac 2006.

Sebelum ini, dia didakwa membunuh isterinya namun pendakwaan meminda pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Pada 21 April 2010, Mohd Zahari dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Muhammad Zamrie, 6, Muhammad Zairie, 2 serta Intan Zaharah, setahun, di tempat dan pada masa yang sama.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan