Penuntut Kolej Swasta Didakwa Cuba Bunuh Teman Wanita

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut di sebuah kolej swasta pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut wanita itu menggunakan sebilah pisau, minggu lepas.

Osleh Osman, 20, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mengikut kertas pertuduhan, Osleh yang tinggal di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini didakwa menikam Nor Azlin Yusuf, 20, di sebelah kiri perutnya dengan menggunakan sebilah pisau sehingga boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Kolej Ican, Tingkat 10, Menara Maxis Segar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Ampang Jaya di sini pada 10.30 pagi, 11 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana ia melibatkan kesalahan serius dan penggunaan senjata berbahaya.

"Mangsa yang merupakan kenalan rapat tertuduh mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan melibatkan usus kecil dan besar, kini sedang dirawat di Hospital Ampang. Sekiranya diberikan jaminan dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa," katanya.

Namun, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan memohon jaminan tidak kurang RM15,000 berserta syarat tambahan iaitu mangsa tidak diganggu oleh tertuduh dan keluarga serta tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Peguam M.K Thas yang mewakili Osleh pula memohon mahkamah memberikan jaminan dan mempertimbangkan jaminan pada jumlah yang berpatutan kerana anak guamnya bukan daripada golongan yang berada serta penjamin iaitu bapa saudaranya yang bekerja di sebuah firma sekuriti hanya mempunyai wang RM8,000 untuk menjaminnya.

Beliau berkata, anak guamnya juga merupakan seorang yang pasif dan dengan karakter itu tidak mungkin dia boleh menakut-nakutkan mangsa kerana mangsa adalah teman wanitanya dan keluarga tertuduh turut mengenali mangsa dengan rapat.

Hakim Manira membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Februari untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga memerintahkan Osleh melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tertuduh dikenakan syarat iaitu tidak boleh mendekati mangsa dan keluarga serta saksi-saksi pendakwaan.

"Sekiranya tertuduh melanggar syarat-syarat berkenaan, jaminan terhadap tertuduh akan ditarik balik dengan serta-merta oleh mahkamah," kata hakim itu.

Bapa saudara tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan