Bekas Pen.Pengarah Risda Tak Mengaku Tipu Peguam RM200,000

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong pengarah Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan menipu seorang peguam berjumlah RM200,000.

Tuan Mat Tuan Ismail, 68, didakwa menipu Nor Azmi Abdullah, 44, dengan memperdayakan peguam itu sehingga mempercayai bahawa pengarah-pengarah Syarikat Astaka Unggul Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjual saham-saham milik mereka kepada Nor Azmi.

Perbuatannya itu telah mendorong Nor Azmi menyerahkan wang tunai berjumlah RM200,000 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Citibank, Jalan Ampang, pada pukul 11.10 pagi, 7 Jun 2002.

Tuan Mat, didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Jagjit Singh membenarkan Tuan Mat diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim.

Terdahulu, Mohd Radzuan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu pernah didakwa pada 25 Januari 2009, terhadap pertuduhan yang sama.

Bagaimanapun, mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Tuan Mat daripada pertuduhan itu kerana saksi dan pengadu dalam kes itu tidak pernah hadir di mahkamah untuk memberi keterangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan