Bekas Eksekutif Akaun Wanita Didakwa 61 Tuduhan Pecah Amanah RM258,00

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif akaun wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 61 pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah RM258,000.

Goh Siew Ha, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh yang telah diamanahkan untuk menguruskan akaun Syarikat T & G Eastern Holding Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah ke atas 61 keping cek Alliance Bank berjumlah RM258,000 milik syarikat itu.

Goh didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di premis syarikat di No: 22A-1, Jalan USJ 21/3, Subang Jaya dekat sini, antara 27 April 2009 dan 1 Feb tahun lepas.

Bagi kesemua kesalahan itu, wanita terbabit didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie membantah jaminan diberikan kepada Goh memandangkan tuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kecuali dengan budi bicara mahkamah.

Beliau berkata sekiranya mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin, pihaknya mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000.

Peguam K.A.Ramu yang mewakili Goh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM20,000 kerana Goh dan suaminya yang berusia 61 tahun tidak bekerja.

Aslam kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM35,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 20 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan agar pasport antarabangsa Goh diserah kepada mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan