Eksekutif Akaun Berdepan 52 Pertuduhan Palsukan, Guna Cek Palsu Babitkan RM1.7 Juta

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang Eksekutif Akaun wanita pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 26 pertuduhan memalsukan cek milik sebuah syarikat dan 26 lagi menggunakan cek yang dipalsukan, membabitkan transaksi berjumlah RM1.7 juta.

Bagaimanapun, Aliah Fadzillah Wan Abdullah, 38, yang mengandung tujuh bulan, didakwa melakukan semua kesalahan itu antara 10 Feb dan 27 Mei 2009, mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, dia memalsukan cek Syarikat Orion Orchard Sdn Bhd yang beralamat di Jalan Tiara, Bandar Baru Klang, dan menggunakannya di cawangan Maybank Berhad dan RHB Bank Berhad di sini.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan Aliah Fadzillah diikat jamin sebanyak RM150,000 dengan dua penjamin, dan menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.

Beliau juga mengarahkan tertuduh melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan mulai Februari di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Shah Alam.

Bagaimanapun, Aliah Fadzillah dikecualikan daripada berbuat demikian selama dua bulan mulai tarikh dia bersalin namun penjaminnya perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman menawarkan jaminan RM500,000.

Tertuduh kemudian meminta jumlah itu dikurangkan kerana dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa menyara tiga orang anak.

Aliah Fadzillah juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum ini, dia didakwa di Mahkamah Sesyen lain dan dikenakan ikat jamin RM200,000.

Bagaimanapun, Asma Nadiah berkata kes tertuduh di mahkamah lain adalah kes berbeza.

Mahkamah kemudian bersetuju menerima jaminan dalam bentuk cagaran hartanah milik bapa saudara Aliah Fadzillah.

Bagaimanapun, tertuduh terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Seksyen 6 di sini kerana kaunter pembayaran di Pejabat Pendaftar Mahkamah telah ditutup. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan