29 Pelatih Pusat Serenti Dipenjara Antara Lima Hingga 10 Tahun Kerana Merusuh

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dua puluh sembilan pelatih pusat serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun tahun dan denda antara RM50,000 dan RM100,000 kerana merusuh dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Zairan Aman membuat keputusan itu setelah mengambil kira kepentingan awam.

Beliau mengarahkan pelatih terbabit menjalani hukuman di Penjara Tapah, Perak dari tarikh mereka ditangkap.

Mengikut pertuduhan, semua pelatih itu menyertai satu perhimpunan haram dengan tujuan bersama-sama melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kerosakan tujuh blok bangunan di pusat berkenaan.

Ia meliputi blok bangunan pentadbiran, stor, dewan utama, kompleks terapi komuniti, pejabat aktiviti, balai pegawai bertugas dan pos polis bantuan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira 6.40 petang, 19 Jun 2009 mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pelatih yang dihukum penjara lima tahun dan denda RM50,000 atau enam bulan penjara ialah Mohd Zulkapli Hassan, 31, Mohd Imanudin Shamsu Rahman Khan, 24, Mohd Hasrul Hassan, 29, Faizal Salleh, 45, Noor Azrin Azman, 31, Mohd Irman Mahad, 28, Mohd Nizam Abu Bakar, 31, Mohd Nor Hasmi Taib.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan