Penuntut UM Dituduh Halang Tugas Polis - Berita Mahkamah | mStar

Penuntut UM Dituduh Halang Tugas Polis

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Universiti Malaya (UM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, terhadap tuduhan menghalang seorang anggota polis menjalankan tugasnya di Jalan Pantai Baharu pada 6 Januari.

Mohd Bukhairy Mohammed Sofian dituduh bertindak agresif menghalang Konstabel Rohaizat Akbar Ramlie dari Balai Polis Pantai menjalankan tugasnya di belakang Masjid Ar-Rahman pada pukul 11.35 malam hari berkenaan.

Penuntut jurusan sains politik tahun dua itu dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Parveen Hameedah Nachtiar menetapkan 16 Februari sebagai tarikh sebutan kes dan membenarkan Mohd Bukhairy diikat jamin RM2,000 oleh seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping bertindak sebagai pendakwa, manakala tertuduh diwakili peguam Farhana Abd Halim. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan