Pembantu Khas Dituduh Curi Barangan Majikannya Bernilai RM2 Juta

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu khas di sebuah syarikat swasta pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri pelbagai barangan termasuk tasbih berlian dan Al-Quran dengan tulisan emas bernilai lebih RM2 juta milik majikannya.

Nur Khairunisa Zolkifli, 26, dituduh mencuri barangan milik seorang ahli perniagaan dari Arab Saudi, Hamou Abdallah Sadji, 63, di rumahnya di A 32-2-1 Hampshire Residence 2A, Persiaran Hampshire di sini pada Mei 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 10 tahun penjara atau denda jika sabit kesalahan.

Barangan itu termasuk 50 tali leher berjenama, dua jam tangan berjenama Swiss, 50 pakaian jenama Louis Vuitton, 40 botol minyak wangi, dua beg berjenama, pasport pembantu rumah majikannya, telefon bimbit, kamera, dan wang tunai berjumlah RM60,000.

Majistret Parveen Hameedah Nachtiar menetapkan 16 Februari untuk tarikh sebutan dan membenarkan Nur Khairunisa dijamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili Choy Chi Ping. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan