Ninja Bersama Bapa, Tiga Lelaki Dituduh Culik, Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki bernama Ninja bersama bapanya serta tiga lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura, di bandar raya ini, November tahun lepas.

Ninja Abdul Latif, 22, bapanya, Abdul Latif Ahmad, 53, serta tiga lelaki, Ngu Lai Hoo, 38, Khairul Halmie Mohd Azmi, 23, dan P.Vickneswaran, 25, bersama beberapa individu yang masih bebas menghadapi dua pertuduhan: pertama dengan niat menahan Sim Chee Yong, 56, dengan cara melarikan dan menghalang mangsa bagi mendapatkan tebusan sebanyak RM800,000 di Jalan Tun Abdul Razak di sini, kira-kira 11 malam, 26 November.

Dan kedua kesemua mereka didakwa bersama beberapa individu yang masih bebas dengan niat membunuh Sim di muara Sungai Kongkong, Masai, di sini, antara 3 pagi, 30 November sehingga 11.30 pagi, 1 Disember, juga tahun lepas.

Pasangan anak beranak yang bekerja sebagai mekanik serta tiga lelaki penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandori, jika sabit kesalahan.

Kelima-lima mereka mengangguk faham terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Isa Mohamad, namun, tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil dan hanya Vickneswaran diwakili peguam R.Subash.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan