Mahkamah Tinggi Arahkan PDRM Jawab Saman Tengku Muhammad Fakhry

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya respon kepada saman RM150 juta yang difailkan oleh Tengku Muhammad Fakhry Petra dari Kelantan terhadap mereka.

Timbalan Pendaftar, Norhatini Abd Hamid telah memberi tempoh sehingga 31 Januari kepada PDRM untuk menjawab saman tersebut.

Kes itu akan didengar di peringkat pengurusan oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof pada 14 Februari nanti.

Tengku Muhammad Fakhry telah menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pengawal Keselamatan Sultan Kelantan, Asisten Superintenden Norazman Ismail dan PDRM sebagai defendan.

Dalam samannya, Tengku Muhammad Fakhry Petra mendakwa, ayahandanya iaitu Sultan Kelantan yang terdahulu, Sultan Ismail Petra, pada 30 Ogos 2009 telah memintanya supaya menghantar kereta Bentley Brooklands ke Singapura.

Kata Tengku Muhammad Fakhry Petra, ketika beliau sedang memandu menuju ke pintu utama Istana Mahkota Kubang Kerian bersama peguamnya Datuk Mohd Haaziq Pillay, mereka telah ditahan oleh sekumpulan anggota polis.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 anggota polis telah bertindak menahan mereka daripada meneruskan perjalanan keluar dari istana tersebut.

Beliau juga mendakwa lima anggota polis turut menahan beliau selama sejam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan